di sinilah tempat pelari Malaysia - tak kira tahap atau usia - datang untuk belajar, berkembang, dan saling menginspirasi. saya kongsikan strategi latihan, teknik berlari, dan cerita motivasi yang mudah difahami, berasaskan ilmu serta pengalaman sebenar.
mulakan langkah anda bersama komuniti yang percaya: setiap orang boleh belajar berlari, satu langkah pada satu masa.
lari dengan ilmu
berlari adalah minat saya. dengan pengalaman sebagai pelari dan jurulatih, saya ingin berkongsi tip yang mudah, praktikal, dan berasaskan ilmu — untuk membantu anda meningkatkan prestasi.
di sini, anda akan belajar panduan tentang latihan, teknik larian, kemahiran mental, nutrisi, pemulihan, kekuatan, dan pencegahan kecederaan. tidak kira sama ada anda seorang beginner, intermediate, atau advanced — kita semua boleh terus belajar dan berkembang dalam dunia larian.
tentang saya
saya brij. pada era 90-an, saya pernah mencatat masa bawah 15 minit untuk acara 5,000 meter.
selepas berehat panjang, saya kembali berlari pada tahun 2019 dan berjaya menamatkan separuh maraton SCKLM dengan catatan masa 1 jam 21 minit.
kini, matlamat saya ialah berkongsi ilmu larian dan latihan secara ringkas, mudah difahami dan berkesan.
saya percaya setiap pelari boleh tingkatkan prestasi mereka - dengan pembangunan, latihan yang betul, dan konsisten. tak perlu rumit.
lari ikut kemampuan. fahami asas. latih dengan bijak.
nikmati perjalanan. lari dengan selamat dan berilmu.
WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai blog saya