Peringkat Pembangunan Atlet
Peringkat Pembangunan Atlet
Dalam dunia olahraga, pembangunan atlet dilakukan secara berperingkat untuk memastikan perkembangan jangka panjang yang sihat dan berkesan. World Athletics menggariskan beberapa fasa utama:
Kids Athletics – Pengenalan awal kepada sukan dalam suasana yang menyeronokkan.
Multi Events – Atlet mencuba pelbagai acara untuk membina asas kemahiran yang luas.
Event Group Development – Fokus kepada kumpulan acara tertentu (jarak jauh, pecut, lompat, lontar).
Specialisation – Atlet mula menumpukan pada acara spesifik yang sesuai dengan kelebihan mereka.
Performance – Fasa kemuncak di mana atlet mencapai tahap keupayaan tertinggi mereka.
Bagi dewasa, pembangunan juga berlaku dalam beberapa peringkat:
Beginner – Permulaan dengan latihan ringan, intensiti rendah, dan volume rendah.
Intermediate – Peningkatan latihan secara progresif dengan lebih struktur.
Advance – Latihan berintensiti tinggi dengan strategi yang lebih kompleks.
Prinsip asasnya mudah: mula perlahan, bina asas yang kukuh, dan berkembang secara progresif. Pergerakan asas (ABC - Agility, Balance, Coordination) sangat penting, bersama dengan literasi fizikal dan inisiatif pergerakan pantas.
Perubahan daripada gaya hidup biasa ke rutin latihan tidak perlu drastik. Mulakan dengan langkah kecil dan aktiviti yang mudah—yang penting ialah konsistensi. Dari satu langkah kecil, kita bina asas untuk kejayaan jangka panjang dalam sukan dan kesihatan.