✅ Pelan 8-Minggu Run-Walk untuk Pemula — Mulakan Perjalanan 5K Anda!
✅ Pelan 8-Minggu Run-Walk untuk Pemula — Mulakan Perjalanan 5K Anda!
Dah lama nak mula berlari tapi risau cepat semput? Jangan risau — anda tak keseorangan.
Dengan pelan 8-Minggu Run-Walk (Jeffing) ini, anda boleh mulakan perjalanan larian 5K anda secara santai dan selamat. Pelan ini sesuai untuk mereka yang baru nak mula berjinak-jinak berlari atau mereka yang nak kembali aktif selepas lama berehat.
📝 Apa Anda Akan Dapat?
✅ Progres beransur-ansur — tak perlu risau terlalu penat di awal.
✅ Rutin ringkas — senang nak muat dalam jadual harian.
✅ Hari rehat cukup — beri masa tubuh pulih dan lebih kuat.
✅ Panduan warm-up dan cool-down — untuk elak cedera dan rasa lebih segar.
📆 Pelan 8-Minggu (Jadual Ringkas)
Nota: Anda boleh ulang minggu tertentu kalau rasa perlu.
🧘♀ Warm-Up dan Cool-Down
Sebelum dan selepas setiap sesi, jangan lupa:
✅ Warm-up: Jalan 4 min, regangan dinamik 5–10 min, 3x 20m stride/lari ringan.
✅ Cool-down: Jalan 4 min, regangan statik 5-10 min (tahan 10 saat setiap pergerakan).
🎯 Siapa Patut Cuba Pelan Ini?
• Mereka yang baru nak mula berlari.
• Runner lama yang nak kembali berlatih secara beransur-ansur.
• Anda yang nak target 5K dalam masa 2 bulan — tanpa stres!