Sistem Tenaga

Pengetahuan tentang sistem tenaga boleh membantu seseorang berlari atau melakukan sebarang aktiviti dengan lebih efisien, mengikut sistem tenaga yang digunakan.

Sistem tenaga terbahagi kepada penggunaan oksigen (aerobik) dan tanpa oksigen (anaerobik). Badan tidak mempunyai suis on atau off untuk menukar antara sistem tenaga ini—semuanya berfungsi serentak mengikut keperluan aktiviti.

Tenaga aerobik (dengan oksigen) dan tenaga metabolik digunakan sepanjang hayat, dari lahir hingga akhir kehidupan. Seorang pecut (sprinter) juga menggunakan tenaga aerobik, tetapi pada masa yang sama bergantung kepada tenaga ATP-CP dan laktat (anaerobik) untuk menghasilkan tenaga pantas tanpa oksigen.

Walaupun tenaga anaerobik ini (ATP-CP dan laktat) tidak menggunakan oksigen, ia tetap perlu dilatih supaya lebih efisien—sama seperti tenaga aerobik. Latihan yang betul dapat meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam badan.

Tiga sistem tenaga ini boleh dilatih melalui latihan seperti:

✔ Larian berterusan (continuous run) – untuk membina asas aerobik dan speed endurance (laktat)

✔ Larian ulangan (repetition) – untuk meningkatkan keupayaan anaerobik (laktat dan atp-cp)

✔ Fartlek (speed play) – gabungan intensiti berbeza untuk melatih kedua-dua sistem

Latihan ini juga dikenali sebagai general endurance dan specific endurance, bergantung kepada objektif latihan.