Prinsip-prinsip Latihan (Principle of Training)

Saya kongsikan prinsip ini daripada kursus World Athletics Tahap 1, dan juga akan kongsikan pandangan jurulatih jarak jauh berpengalaman dan berjaya seperti Arthur Lydiard, Patrick Sang, Renato Canova, Jack Daniels, dan lain-lain. Pada kongsian akan datang, saya akan kupas lebih lanjut bagaimana prinsip ini boleh diterapkan dalam latihan harian.

Pos ini saya petik daripada World Athletics mengenai Prinsip-prinsip Latihan:

1️⃣Prinsip Beban Lebihan (Overload) – Latihan perlu mencabar tubuh secara progresif untuk meningkatkan prestasi.

2️⃣Prinsip Kebolehbalikan (Reversibility) – Kemerosotan prestasi berlaku jika latihan dihentikan atau dikurangkan secara drastik.

3️⃣Prinsip Kekhususan (Specificity) – Latihan mesti disesuaikan mengikut keperluan dan matlamat sukan atau acara tertentu.

4️⃣Prinsip Pengkhususan Individu (Individualisation) – Setiap pelari mempunyai keperluan latihan yang berbeza bergantung pada kemampuan dan keadaan fizikal.

5️⃣Prinsip Kepelbagaian (Variety) – Latihan yang pelbagai mengelakkan kebosanan, mengurangkan risiko kecederaan, dan meningkatkan motivasi.

6️⃣Prinsip Penglibatan Aktif (Active Involvement) – Atlet perlu memahami dan terlibat secara aktif dalam perancangan serta pelaksanaan latihan mereka.

Kesimpulan: Semua prinsip ini penting untuk difahami supaya kita boleh merancang latihan yang mudah, fleksibel, dan efektif.