Kepantasan
Kepantasan
Semalam (Mar 7,2025), Jakob Ingebrigtsen (Norway)🥇 menang 1500m dewan Short Track (200m). Dia ni juara Olimpik, umur 24 tahun. Olimpik 2021 Tokyo (1500m🥇), 2024 Paris (5000m🥇). Banyak dia sapu!
Dia mula berlari sejak kecil, dalam usia 7/8 tahun. Boleh kata keluarga dia memang keluarga olahraga. Umur 12 tahun, dia dah lari 100km seminggu. Dia latih diri untuk jadi juara.
Kenapa cerita pasal dia?
Speed dia. Ini yang kita boleh jadikan contoh untuk tingkatkan larian kita. Maksudnya, speed bukan semestinya lari macam dia. Kalau beginner, speed ikut tahap kecergasan masing-masing. Ini cara kita bina speed.
Speed adalah salah satu komponen kecergasan. Dan speed pun ada jenis-jenis:
a. Maximum speed
b. Optimal speed
c. Acceleration speed
d. Reaction speed
e. Speed endurance
Semua jenis speed boleh dilatih. Setiap individu mampu latih dan tingkatkan speed mengikut kebolehan masing-masing serta mengambil kira faktor genetik.
Tahun lepas, dia cuba Separuh Marathon selepas Olimpik. Walaupun itu bukan acara dia, dia mampu lari 1 jam 03 minit! Ini kerana speed yang dimilikinya. Dia nie pakar acara jarak sederhana. Inilah prinsip spesifik yang selalu saya tekankan.
Kesimpulan: SPEED. Beginner pun boleh lakukan variasi larian, contoh, fartelk, repetition (ulangan) dan tempo. Ini cara kita kekalkan motivasi dan minat berlari untuk jangka panjang.
Semoga bermanfaat!