Kecergasan
Sebelum kita mula apa-apa aktiviti, jom kita fahamkan dulu apa itu, kecergasan.
Kecergasan ialah tahap keupayaan kita untuk melakukan sesuatu aktiviti.
Contohnya, kita semua biasa duduk dan berjalan, jadi kecergasan untuk aktiviti ini memang mudah sebab kita lakukannya setiap hari. Malah, kita lebih banyak duduk kan? Tapi kalau nak lari jauh, lompat tinggi, atau angkat berat—itu memerlukan kecergasan yang lebih baik.
Bila kita lihat kecergasan dengan lebih mendalam, ia ada 5 komponen utama:
5 Komponen Kecergasan
1. Daya Tahan (Endurance) - Keupayaan badan bekerja dalam tempoh lama tanpa cepat penat.
(Contoh: lari 5KM, berbasikal lama, berenang jauh).
2. Kelajuan (Speed) - Seberapa pantas kita boleh bergerak dari satu titik ke titik lain.
(Contoh: pecut 100m, lari ulang-alik cepat).
3. Kekuatan (Strength) - Keupayaan otot menghasilkan daya.
(Contoh: angkat berat, lompat tinggi, tolak dinding).
4. Fleksibiliti (Flexibility) - Keupayaan sendi dan otot untuk bergerak dengan bebas.
(Contoh: regangan semasa warm-up, yoga).
5. Koordinasi (Coordination) - Kebolehan mengawal pergerakan dengan lancar dan tepat.
(Contoh: teknik larian, gerakan dalam sukan bola).
Kenapa Endurance Paling Penting?
Komponen pertama yang perlu dibina ialah daya tahan (endurance). Bila ada endurance, kita boleh buat latihan atau sesi dengan lebih konsisten. Tanpa endurance, cepat pancit!
Setiap sesi latihan akan ada gabungan komponen kecergasan:
✅Fleksibiliti - Masa warm-up dan cool-down
✅Koordinasi - Latihan drills untuk bentuk larian
✅Daya tahan, kekuatan & kelajuan - Bergantung pada sesi, contoh:
• Larian mudah 45 minit (easy run)
• Latihan bebanan di gym (weight training)
• Latihan kelajuan (speed workout dengan ulangan)
Semakin banyak kita faham, semakin baik kita boleh latih dan tingkatkan kecergasan kita!
Jom lari dengan ilmu!