Rahsia Berlari Cara Betul : Apa yang Saya Pelajari🔍

Sejak saya berhenti berlatih secara serius pada pertengahan 2022, saya mula mencari jawapan tentang prestasi saya semasa aktif berlari. Motivasi ada, tapi tak masuk topik keturunan (genetik). Yang pasti, saya mahu mencari jawapan, prestasi biasa-biasa saya.

Hari ini, saya akhirnya dapat jawapan tentang kenapa prestasi saya hanya sederhana. Bila saya cari di internet tentang 5K bawah 15 minit, kebanyakan jawapan berbunyi:

“Hanya yang berbakat boleh capai ini.”

“Bukan semua orang mampu.” 

“Blah blah blah…” Timing ini yang saya mampu capai dulu, sub 15 minit, bagi saya ini prestasi biasa-biasa, orang lain boleh lari lebih laju, kat luar negara, sub 14 minit dan sub 13 minit pun ada.

Jawapannya? Kesilapan dalam latihan. Kurang ilmu, banyak benda yang salah. Saya tidak salahkan orang lain—ini yang terbaik pada tahun 90-an. Bila saya mula berlari semula pada 2019 & awal 2020, saya teruskan dengan apa yang saya tahu dari pengalaman lama.

Apa Saya Akan Buat Lebih Baik?

✅ Hormati pemulihan & rehat – Elakkan overtraining dan prestasi stagnant.

âś… Pembangunan jangka panjang secara progresif. Bagi masa dan tetapkan mindset.

✅ Periodisasi & latihan berstruktur – Persediaan, Persaingan & Rehat Aktif.

✅ Pilih satu acara & fokus – Setiap jarak perlukan latihan & sistem tenaga yang berbeza.

✅ Kenal pasti kekuatan & kelemahan – Contoh: Identifikasi kelajuan vs daya tahan, diri sendiri.

Saya kongsi ini berdasarkan pengalaman, ilmu dari kursus, dan pencarian maklumat. Tapi masalah sekarang ini, terlalu banyak maklumat diluar sana—boleh buat fikiran bercelaru. Jadi, dapatkan maklumat yang betul, dan ikut dengan konsisten.